Pages

Monday, April 7, 2014

perancangan dan tujuan sebenar permainan catur

Salam mesra untuk anda, disini ingin saya membincangkan beberapa perkara utama dan penting didalam perancangan dan tujuan sebenar permainan catur. Corak utama adalah konsep kaitan atau rantaian pertahanan antara buah catur itu sendiri. Tanpa adanya ikatan yang kukuh dan mantap diantara mereka menyebabkan kehancuran pertahanan buah catur dan akhirnya kita akan merana.Keutamaan jalinan perkaitan pertahanan ini perlulah kita awasi sepanjang masa.Biasanya untuk kita mahir mengawasi jalinan ini memerlukan masa yang agak lama ,tetapi inilah kunci sebenar didalam permainan catur.
Apabila kita melihat susunan permulaan permainan anda dapat melihat kelemahan pada susun aturan ,bisanya pada sebelah 'kingbishop pawn' dimana pawn tersebut amat lah lemah kerana hanya di kawal oleh raja,bagi buah putih inilah tujuan utama,dimana serangan akan di mulakan maka buah hitam hendak lah terlebih dahulu bersedia menghadapi tekanan dan serangan dari pihak buah putih.
Haruslah di ingat jikalau serangan di atas dapat di imbangi oleh buah hitam maka pihak buah putih mempunyai banyak cara membuat serangan yang lain seperti serangan lebih tertumpu kepada pertahanan dalaman diantara buah contoh bisop mempertahankan kuda tetapi bisop tidak mempunyai sokongan maka bisop akan menjadi mangsa tumpuan serangan.
contoh lain adalah menyerang buah yang melindungi pawn raja ataupun mengalih arah buah utama yang tugasnya melindungi raja.
Keutamaan permainan catur adalah melindungi raja,apabila ini adalah matlamatnya maka hendaklah kita jangan lupa mencari keseimbangan buah ataupun persamaan buah antara hitam atau putih kegagalan mencari keseimbangan ini menyebabkan kita  mudah kalah sehingga masa yang menjadi menjadi saksi kemenangan.

sekian dahulu dari saya
Matcatur