Pages

Monday, April 7, 2014

perancangan dan tujuan sebenar permainan catur

Salam mesra untuk anda, disini ingin saya membincangkan beberapa perkara utama dan penting didalam perancangan dan tujuan sebenar permainan catur. Corak utama adalah konsep kaitan atau rantaian pertahanan antara buah catur itu sendiri. Tanpa adanya ikatan yang kukuh dan mantap diantara mereka menyebabkan kehancuran pertahanan buah catur dan akhirnya kita akan merana.Keutamaan jalinan perkaitan pertahanan ini perlulah kita awasi sepanjang masa.Biasanya untuk kita mahir mengawasi jalinan ini memerlukan masa yang agak lama ,tetapi inilah kunci sebenar didalam permainan catur.
Apabila kita melihat susunan permulaan permainan anda dapat melihat kelemahan pada susun aturan ,bisanya pada sebelah 'kingbishop pawn' dimana pawn tersebut amat lah lemah kerana hanya di kawal oleh raja,bagi buah putih inilah tujuan utama,dimana serangan akan di mulakan maka buah hitam hendak lah terlebih dahulu bersedia menghadapi tekanan dan serangan dari pihak buah putih.
Haruslah di ingat jikalau serangan di atas dapat di imbangi oleh buah hitam maka pihak buah putih mempunyai banyak cara membuat serangan yang lain seperti serangan lebih tertumpu kepada pertahanan dalaman diantara buah contoh bisop mempertahankan kuda tetapi bisop tidak mempunyai sokongan maka bisop akan menjadi mangsa tumpuan serangan.
contoh lain adalah menyerang buah yang melindungi pawn raja ataupun mengalih arah buah utama yang tugasnya melindungi raja.
Keutamaan permainan catur adalah melindungi raja,apabila ini adalah matlamatnya maka hendaklah kita jangan lupa mencari keseimbangan buah ataupun persamaan buah antara hitam atau putih kegagalan mencari keseimbangan ini menyebabkan kita  mudah kalah sehingga masa yang menjadi menjadi saksi kemenangan.

sekian dahulu dari saya
Matcatur


Friday, March 21, 2014

Menilai asas tujuan permainan catur

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kita tertarik bermain catur? apa kah kerana untuk suka-suka saja atau hanya untuk hiburan masa lapang. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang permainan catur secara serius perkara di atas hendaklah dipikirkan semula, untuk memahami dan mempelajari catur adalah amat mudah pada peringkat permulaan tetapi ,jikalau kita bertemu dengan pemain catur yang lebih berpengalaman dalam permainan catur ,barulah kita mengetahui sejauh manakah ukuran pemikiran catur yang kita ada selama ini.Barulah kita dapat membezakan ketinggian langit dan bumi...
Seperti yang di fahami melalui pengelaman bermain catur yang ada ,ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ini...beberapa prinsip asas permaian catur .
1.Pada peringkat permulaan bukaan buah
pada peringkat ini kita hendak lah memilih apakah gerakan yang hendak kita buat ,apabila kita bermain buah putih pilihan contoh e4 kerana ianya bukaan terkenal ,atau d4  dan kudaraja atau kudaqueen .Bagi bukaan buah hitam ,hendaklah pandai  memilih gerakan bukaan yang sesuai ,kuncinya ialah mengimbangi kawalan dan kekuatan yang disusun oleh pehak lawan dan coba memahami matlamat serangan nya dan coba mencari peluang membuat serangan kepada pehak lawan, kelebihan  menilai keupayaan lawan dan kelebihan yang ada pada kita ketika peringkat ini adalah amat penting sekali
untuk mereka yang baru bermain ,di cadangkan memilih satu jenis bukaan saja .kerana untuk kita mahirdengan jenis bukaan tersebut memerlukan masa yang agak lama ..
2.Peringkat pertengahan permainan
peringkat ini adalah lanjutan daripada hasil pertembungan antara bukaan buah putih dan hitam .kemenangan  bolehlah kita ramal kan ketika ini ,biasanya  jika mana-man pehak terkena perangkap semasa permulaan mainan boleh lah mengaku kalah ketika ini...atau meneruskan permainan dengan harapan pehek lawan akan membuat kesilapan yang tidak sepatutnya  juga menilai kelebihan masa  menjadi faktor utama sebelum menyerah kalah...
jikalau kita terselamat dari perangkap-perangkap maut semasa pembukaan mainan ,barulah kita coba membuat perancangan bagaimana hendak menghasilkan pertukaran buah yang boleh menguntungkan kita
Menukar buah hendaklah dibuat secepatnya dan berhati-hati .Dalam hal ini ..perancangan untuk memulakan end game iaiitu akhir permainan memerlukan idea kemenangan yang sepenuhya..dari anda,,,,
3,Peringkat akhir permainan
Kebiasaan nya peringkat ini adalah peringkat yang paling sukar sekali untuk dinilai sepenuhmya ,,,buah catur yang berada di atas papan catur telah berkurang ,ketepatan pengiraan pergerakan buah dan gerakan taktikal yang amat tinggi di perlukan...Jikalau anda berada di peringkat ini menandakan anda adalah seorang yang bergelar Master atau pun Grandmaster


sekian dahulu dari saya
MatCatur

Monday, March 17, 2014

Bagaimanakah kita dapat meningkatkan daya tumpuan bermain catur dengan baik.

Bagaimanakah kita dapat meningkatkan daya tumpuan bermain catur dengan baik.

Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa rahasia untuk meningkatkan kemampuan daya tumpuan kita untuk bermain catur dengan baik ,sebenarnya banyak dipengaruhi oleh berbagai jenis gangguan  yang di luar kawalan kita seperti gangguan daripada lawan kita , pehak lawan kita bermain catur akan coba membuatkan kita hilang arah panduan bermain jadi kita haruslah lebih beringat sentiasa.
Faktor ini lah yang sentiasa membuatkan fikiran kita sukar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan gerakan buah catur kita.
Latihan yang sering kita lakukan sebelum memasuki mana-mana pertandingan tidak akan menghasilkan keputusan yang kita harapkan selagi kita tidak dapat mengawal pelbagai gangguan tersebut.
Olehkerana itu  kita hendak lah bersedia menguatkan semangat dan peribadi kita terlebih dahulu, permainan catur sebenarnya memerlukan semangat juang dan keperbadian yang amat tinggi didalam mencapai cita - cita untuk kemenangan sepenuhnya .Untuk meringkaskan apakah yang hendak saya katakan ialah permainan catur adalah merupakan suatu pertempuran peperangan yang amat dasyat daripada segi pemikiran  dan keperibadian diri kita terhadap pehak lawan.,,,,.kebijaksanaan dan pengetahuan yang amat tinggi adalah senjata kita semasa pertempuran catur sebenar..
sebagai contoh ..kebenaran kata tersebut di atas iaitu jika kita tidak  dapat mengalah kan seseorang itu maka sampai bila-bila masa mana pun kita akan tetap kalah....sehingga ada yang engan bermain catur dengan individu tersebut....
Persoalannya bagai mana kah ? hendak kita capai Kebijaksanan dan Pengetahuan yang sepatutnya? jawapanmya ...ada pada diri kita... sejauh mana kemampuan dan kemahuan kita mempelajari selok belok dan teknik permainan catur sebenar............  :)


MatCatur

Friday, March 14, 2014

cara membuka buah catur

Untuk pengetahuan semua untuk memulakan permainan catur , hendak lah buah putih yang akan mulakan gerakan,terpulanglah buah mana yang hendak di gerakan dahulu ,anda di beri kebebasan .jikalau diperhatikan dengan teliti mengikut logik buka main gerakan pawn, dan kuda sahaja yang dapat kita lakukan terlebih dahulu..contoh membuka gerakan pawn
Terdapat  lapan buah pawn di hadapan buah catur utama ,gerakan setiap pawn ini akan membuka laluan kepada buah utama,gerakan buah putih di atas di namakam e4. gerakan ini seharus nya di amalkan pada pembukaan mainan pada mereka yang baru mengenali permainan catur.Gerakan pawn e4 ini merupakan gerakan yang paling terkenal sekali dalam permainan catur kerana terdapat banyak kelebihan pada pehak buah putih dan peluang memenangi permainan adalah 60 peratus jikalau anda telah benar benar mahir memahami unsur-unsur utama dalam gerakan catur.
Bagi pehak buah hitam Pertahanan atau cara membalas gerakan e4 putih di atas adalah menggunakan pertahanan sisilian terdapat beberapa jenis bukaan sisilian yang sesuai di guna kan seperti contoh berikut









Pertahan sisilian merupakan cara yang paling sesuai untuk membalas bukaan e4  putih dan telah di akui oleh pemain catur masa kini.

Monday, February 24, 2014

perangkap yang kita perlu awas semasa pembukaan

salam bahagia untuk semua, rasanya sudah lama saya tidak melawat tapak ini, rupanya masih ada yang berminat dengan posting  saya ini.Baiklah jika begitu saya akan coba memberi panduan penting tentang pembukaan catur,
apabila kita memulakan permainan adalah perlu kita perhatian kepada perangkap logik yang telah di amalkan dari pemain pemain dahulu yang terkenal..untuk jelas saya sertakan video..dibawah ini..sila hafal nama dan gerakan..logik

Chess Traps- Fishing Pole