Pages

Friday, March 21, 2014

Menilai asas tujuan permainan catur

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kita tertarik bermain catur? apa kah kerana untuk suka-suka saja atau hanya untuk hiburan masa lapang. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang permainan catur secara serius perkara di atas hendaklah dipikirkan semula, untuk memahami dan mempelajari catur adalah amat mudah pada peringkat permulaan tetapi ,jikalau kita bertemu dengan pemain catur yang lebih berpengalaman dalam permainan catur ,barulah kita mengetahui sejauh manakah ukuran pemikiran catur yang kita ada selama ini.Barulah kita dapat membezakan ketinggian langit dan bumi...
Seperti yang di fahami melalui pengelaman bermain catur yang ada ,ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ini...beberapa prinsip asas permaian catur .
1.Pada peringkat permulaan bukaan buah
pada peringkat ini kita hendak lah memilih apakah gerakan yang hendak kita buat ,apabila kita bermain buah putih pilihan contoh e4 kerana ianya bukaan terkenal ,atau d4  dan kudaraja atau kudaqueen .Bagi bukaan buah hitam ,hendaklah pandai  memilih gerakan bukaan yang sesuai ,kuncinya ialah mengimbangi kawalan dan kekuatan yang disusun oleh pehak lawan dan coba memahami matlamat serangan nya dan coba mencari peluang membuat serangan kepada pehak lawan, kelebihan  menilai keupayaan lawan dan kelebihan yang ada pada kita ketika peringkat ini adalah amat penting sekali
untuk mereka yang baru bermain ,di cadangkan memilih satu jenis bukaan saja .kerana untuk kita mahirdengan jenis bukaan tersebut memerlukan masa yang agak lama ..
2.Peringkat pertengahan permainan
peringkat ini adalah lanjutan daripada hasil pertembungan antara bukaan buah putih dan hitam .kemenangan  bolehlah kita ramal kan ketika ini ,biasanya  jika mana-man pehak terkena perangkap semasa permulaan mainan boleh lah mengaku kalah ketika ini...atau meneruskan permainan dengan harapan pehek lawan akan membuat kesilapan yang tidak sepatutnya  juga menilai kelebihan masa  menjadi faktor utama sebelum menyerah kalah...
jikalau kita terselamat dari perangkap-perangkap maut semasa pembukaan mainan ,barulah kita coba membuat perancangan bagaimana hendak menghasilkan pertukaran buah yang boleh menguntungkan kita
Menukar buah hendaklah dibuat secepatnya dan berhati-hati .Dalam hal ini ..perancangan untuk memulakan end game iaiitu akhir permainan memerlukan idea kemenangan yang sepenuhya..dari anda,,,,
3,Peringkat akhir permainan
Kebiasaan nya peringkat ini adalah peringkat yang paling sukar sekali untuk dinilai sepenuhmya ,,,buah catur yang berada di atas papan catur telah berkurang ,ketepatan pengiraan pergerakan buah dan gerakan taktikal yang amat tinggi di perlukan...Jikalau anda berada di peringkat ini menandakan anda adalah seorang yang bergelar Master atau pun Grandmaster


sekian dahulu dari saya
MatCatur

No comments:

Post a Comment