Pages

Monday, March 17, 2014

Bagaimanakah kita dapat meningkatkan daya tumpuan bermain catur dengan baik.

Bagaimanakah kita dapat meningkatkan daya tumpuan bermain catur dengan baik.

Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa rahasia untuk meningkatkan kemampuan daya tumpuan kita untuk bermain catur dengan baik ,sebenarnya banyak dipengaruhi oleh berbagai jenis gangguan  yang di luar kawalan kita seperti gangguan daripada lawan kita , pehak lawan kita bermain catur akan coba membuatkan kita hilang arah panduan bermain jadi kita haruslah lebih beringat sentiasa.
Faktor ini lah yang sentiasa membuatkan fikiran kita sukar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan gerakan buah catur kita.
Latihan yang sering kita lakukan sebelum memasuki mana-mana pertandingan tidak akan menghasilkan keputusan yang kita harapkan selagi kita tidak dapat mengawal pelbagai gangguan tersebut.
Olehkerana itu  kita hendak lah bersedia menguatkan semangat dan peribadi kita terlebih dahulu, permainan catur sebenarnya memerlukan semangat juang dan keperbadian yang amat tinggi didalam mencapai cita - cita untuk kemenangan sepenuhnya .Untuk meringkaskan apakah yang hendak saya katakan ialah permainan catur adalah merupakan suatu pertempuran peperangan yang amat dasyat daripada segi pemikiran  dan keperibadian diri kita terhadap pehak lawan.,,,,.kebijaksanaan dan pengetahuan yang amat tinggi adalah senjata kita semasa pertempuran catur sebenar..
sebagai contoh ..kebenaran kata tersebut di atas iaitu jika kita tidak  dapat mengalah kan seseorang itu maka sampai bila-bila masa mana pun kita akan tetap kalah....sehingga ada yang engan bermain catur dengan individu tersebut....
Persoalannya bagai mana kah ? hendak kita capai Kebijaksanan dan Pengetahuan yang sepatutnya? jawapanmya ...ada pada diri kita... sejauh mana kemampuan dan kemahuan kita mempelajari selok belok dan teknik permainan catur sebenar............  :)


MatCatur

No comments:

Post a Comment